CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 21, 2008

__L-O-V-3__



""Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end.""

Friday, October 10, 2008

jOm m4k4n²

jumaat... ari nie ari jumaat.. ari ape? jumaat.. ari nie, aku sakit ati.. hahahaha.. sakit ati dgn pnyelia ptg.. lmbat wat realif utk cekgu², pastu keje nk rush aje.. aduhh.. sakit jiwa aku keje dgn dia neh.. klau dgn dia neh, x puas ati, aku sound direct ajer.. huhuhuhu... dulik aper aku, janji aku ptahankn apa yg betul..

carik relif, of coz pi bilik guru, pi laa aku ke bilik guru.. waaa.. ada wat makan² kat bilik guru.. so? smbil carik reliaf, aku pn smbil mkn² arr.. huhuhuhu.. mcm² ada.. ada mee kari, ada spegetti, ada kueh² raya.. bese laa, nama pn makan² raya... hehehehe


haaa.. nie arr situasi kat dlm bilik guru.. meriah n meriah.. jom makan..

huhuhu.. candid pic.. cekgu siti fatimah n sariza (cekgu KH )

nie lak mak yOng, mak yOng yg kuat celoteh n makan.. hehehe.. cekgu samsuri

yg btiga neh, yg baju melayu cekgu kamaruddin a.k.a smart boy, cekgu choo sa, melaka mari, mmg peramah org nya n yg blakang 2, cekgu muhazali, cekgu paling pndiam.. tp dh kenal, suke nyakat org.. hehehehe

wat smua cekgu², thanks utk jamuan neh, wlaupn simple.. one thing, wat laling aku, cekgu azian, thanks sbb serve aku makan.. wakakakaa.. saje nk mnja² dgn ko yann.. thanks again utk smua..

SELAMAT HARI RAYA

MAAF

ZAHIR & BATIN

k3sibukk4n

pheww.. skg dh musim exam.. senin nie, dh start PMR, then diikuti exam akhir tahun.. cekgu² dh mula bz wat soalan n pbnyakkn soalan.. aku pn yg xda kaitan tlibat gak mmbuat soalan.. 2 pd yg cekgu² mntak tolong arr.. salah satu soalan yg aku wat ialah, soalan matematik utk form 2..



exam paper math form 2 4 mr. choo sa..

tiap² kali exam, byk nie laa aku kne pbnyakkn soalan.. satu hari kdg² smpai mncecah 50 rim A4.. huhuhuhuhu.. makan kertas..


kertas² exam yg dh siap dpbnyakkn tp lom diambil oleh cekgu²..



hok nie lak.. nie dia mesin utk mperbykkn apa² aje, nama nya mesin riso.. leh jalan skali beribu² copy..

haa.. 2 arr keje sbhagian dr keje aku ari².. kire 2 kerja hakiki arr.. kowang tau x keje hakiki 2 aper? klau x tau kowang tnya org yg tau.. huhuhuhu.. wat smua dak² SMKDBL, yg bakal mnduduki PMR next week, best of luck, wat yg lain² yg bakal mduduki exam akhir tahun, t'utama wat dak² multimedia, fared, nisa', ayat, bibik, dan smua² laa.. akak x ingat name kowang yg pelik² 2.. huhuhuhu.. best of luck k...

Tuesday, October 7, 2008

b3b3r4p4 h4ri ni3

ermm... alhamdulillah, msuk ari nie, dh 2 ari aku pose.. wat pose enam.. huhuhuhu.. msuk tahun nie, tahun kedua, aku dpt wat pose enam.. sejak naik skolah nie, bz beno.. x lame lagi dh nk exam.. cekgu² smua dh mula antar soalan² utk diperbnyakkn.. nie aku bru pass settel wat soalan matematik form 2.. dh 2 minggu bru dpt siap.. aku raya, soalan pn raya gak.. x dan nk wat


ermm.. xda apa nk cite utk entry kali nie.. cume ari nie dpt kueh rya dr sowang cekgu neh.. name dia nur azarina.. thnks aza bg kueh raya.. 2 pn aku yg suh bwk... hahahahahah

adehh.. ari nie pi keje, pkai baju wane itam, bunga pink.. so siap set dgn make up pn wane pink.. skali kne tego daa.. huhuhuhuhu.. byk cekgu tego.. "aii zila.. lawo ari nie.. lawo mate u" al mklum arr.. bese simple2 jek.. kali nie over sket.. hahahahahaa.. adehh.. yg segan ada sowang cekgu pratikal 2 tego.. masa 2 dia nk tnya ttg surat pengecualian kelas smpena PMR... aku dok arr terangkn, rupe nya dia dok tegok aku lak, dia kata, "aii.. sndondon kaler mate dgn baju" bikin malu aku jek cekgu nie, tkpse laa aku terangkn smbil tutup muke dgn surat 2.. huhuhuhuhuhu..
* opsss.. xda gmbo utk entry kali nie.. sbb aku trasa malas nk trnsfer gmbo dr hnpon.. huhuhuhuhu..

Sunday, October 5, 2008

suk3²

ermm.. meh layan sekejap.. saje suke².. mngisi kkosongan masa.. huhuhuhuhu.. layan..

*

Saturday, October 4, 2008

dh l3p4s..

arghhhhhhhhhhhhhhhh tidakk!!!
lesen aku dh mati... x prasan!!!!

huh! mcmna aku x prasan yg lesen aku dh mati!! nasib baik bbrapa kbelakangan neh xda bwk kete.. huhuhuhuhu.. aku suke bwk kete.. msa amik lesen dulu aku slalu kne tego, sbb bwk ikut suke aku.. mna x.. 1st smpai kt tmpat blaja bwk kete, aku msuk kete, adjust tmpat duduk n apa yg patut, pastu aku bukak radio, pasang kuat sikit.. wakakakaakak... tp nnt mst org yg ajar 2 tutup.. cehhh..

pastu, ada satu msa, dh blik dr blaja, aku disuh bwk smpai tmpat keje, sbb aku blaja sblm pi keje, dlm on the way 2, ada kete nk motong, yg bwk kete 2, dak cina.. dh laa jalan x beso, lagi mau motong² lak.. x sabo betul.. aku? jgn hrap.. mmg aku x kasik.. stiap kali dia cube nk motong, aku tekan minyak x kasik dia motong.. pdan muke ko.. huhuhuhuhu.. tp akhir nya dpt gak dia mmotong, sbb org yg ajar aku 2 marah aku.. "slow.. slow.. minyak naik.. naik.. jgn laju².." wakakakakaak.. kn dh kene.. huh!

vid3o 4ntu.. huhuhuhu

waaa.. penat btul bbrapa ari nie.. ramai dtg umah, bese laa, sdara², yg bukan sedara, yg kwan².. rase meriah tp penat.. arghh... tidak.. nasib baik laa ari jumaat ari 2 dpt keje half day, mntak kat pengetua.. huhuhu.. dh nk kul 12, GPK lak dtg, bese laa, smpena bulan baik nie, rendah kn ego aku n mntak maaf kat dia atas sgala salah n silap aku spnjang dibwh pengawasan dia.. aku x tahan, sbb dia cium pipi aku.. wawawawawawawa.. padahal dia dgn aku pn x baik sgt.. akakakaka.. klau mmber aku sowang nie tau, mst jaki dia.. sbb dia benci sgt dgn GPK neh.. hahahaha.. weii!! aku kne dgn GPK wei..



x tau ek.. video nie asal dr mna x tau.. tp mst dh jauh video neh bjalan.. huhuhuhu.. x tau laa klau kowang pnah tgok ker x.. klau pk scara logik akal.. kowang agak² betul ker x? tp x mustahil gak.. sbb makhluk ghaib itu jugak wujud kat muka bumi nie kn.. dia juga makhluk Tuhan.. ermm..


yg bwh nie lak.. gmbor.. adik aku bagi... dia kater gmbo neh dr mmber dia.. dr dak² KPTM.. diambil pd satu malam pd ketika diaorg sdg... aku pn x tau sdg ape... wakakakaakakak... aku dh lupe, tp adik aku ada bgtau.. huhuhuhu... so.. kowang renung² kn laa.. bkn hnya kite jek yg idup n dok kat atas muka bumi ini...

Wednesday, October 1, 2008

s3bu4h p3rs4h4b4t4n

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.

Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah..


Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku!
Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam.

Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang ."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempatnak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! mati pun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayudan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nie pun bukan kau punya angkara.

Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki... Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya.

Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana!



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

h4ri r4y4 p3rt4m4

1hb oktober 2008 bsmaan 1 syawal 1429.. ari nie ari raya.. salam aidilfitri wat smua umat islam.. pg bngun kul 6.40.. wawawawawa.. lmbat gile.. bngun, mndi.. pastu tulung mak kt dapur.. siapkn mkanan, dan smua² yg patut... kul 9.30 bsiap² nk balik kmpung yg x jauh.. huhuhuhu.. x mncabar betul..

yeah.. yeah.. abah bg duit raya.. dh beso pn dpt lagik ker? ehh.. mst dpt... x dpt kne baikot nnt.. hahahahaha.. 1st, balik kmpung sblah abah, pastu balik kmpung sblah mak lak.. dh balik kmpung, blik umah laaa.. bosan.. sbb rmai sepupu² xda kat sni..

koleksi yg x mmuaskn tahun nie.. hahahahaha


my cousin..



my dad.. garang tp baik.. hehehehe


ptg² nie plak.. ada mmber YM 2.. x tau nape. trasa ati dgn aku kot.. ker aku tsilap kater? ermm.. ssh nya nk mnjaga hati org.. mie.. maaf laa.. zila x mksud apa² pn.. jgn wat mcmnie.. rasa x sdap ati lak..